header
Tentang Kami

Saya, Puan Norashikin Mat Jana telah menjalankan perniagaan produk kecantikan dan kesihatan sejak tahun 2004 melalui laman web saya http://www.kedai2ekin.com. Sebelum ini saya aktif dalam sebuah syarikat MLM bumiputera selama lebih dari 5 tahun dan pada 2010 saya mengambil keputusan utk berhijrah ke Worldwellness Network.

CROWN MANAGER NORASHIKIN MAT JANA - CROWN MANAGER TERPANTAS DALAM SEJARAH WWN MENCIPTA SEJARAH MENCAPAI CM DALAM MASA 7 BULAN SAHAJA!


KENAPA SAYA MEMILIH WORLDWELLNESS NETWORK?

Saya melihat peluang perniagaan dalam WWN mampu memberikan pulangan yang sangat lumayan dengan kehebatan produk yang diformulasi sendiri oleh Pengasas WWN serta Pelan Pemasaran yang sangat sangat menguntungkan.

PELAN PEMASARAN WWN

Kali pertama saya melihat Pelan Pemasaran WWN, saya agak terkejut kerana Bonus Fast Track Level pertama sahaja syarikat membayar sebanyak 30%! Saya memang biasa dengan perniagaan MLM tetapi jarang sekali melihat syarikat sanggup bayar sebanyak itu untuk Level Pertama. Diikuti dengan 10% di Level 2, 30% di Level 3 dan 12% di Level 4. Di sini saya telah `nampak’ betapa saya mampu meraih pendapatan yg lumayan dengan strategi yang betul.

RANGKAIAN PRODUK WWN

http://i648.photobucket.com/albums/uu205/kedai2ekin/webekin3.jpg

Keunikan produk WWN yg diformulasi dan dicipta sendiri oleh Pengasas, Dato Dr Noordin Darus membuatkan syarikat ini berbeza dengan syarikat lain. Disamping itu WWN juga mempunyai Jurulatih yang sentiasa bersedia memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada orang baru. Pihak pengurusan juga sentiasa memberikan peluang kepada usahawan untuk berkongsi idea dan menyokong strategi pemasaran yang kita cadangkan. Apa yang saya perhatikan, keberkesanan produk WWN mampu menarik pengguna untuk mencuba dan kemudiannya mudah untuk kita kongsikan peluang menjadi usahawan kepada pelanggan tersebut.

Yang best buat bisnes produk yg dikeluarkan oleh doktor pakar.. dan kerana itu saya memilih Worldwellness Network. tahu apa yg kita jual.. apa yg customer makan.. dan tau siapakah di belakang tabir produk itu.. kemungkinan utk kena hentam dgn customer bila produk tiba-tiba kena banned adalah mustahil terjadi dalam perniagaan ini.. penat dah nak berdepan dgn customer bila pengasas produk nyorok bila produk kena banned.. siapa yg teruk kena smash? kita le..


KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN

Setelah 3 bulan di dalam Worldwellness, saya berjaya mencapai pangkat Diamond Manager yang melayakkan saya mendapat `Company Profit Sharing’ dan di sini saya perlu memilih untuk aktif hanya dalam satu syarikat saya. Setelah berbincang dengan suami dan juga Rakaniaga WWN, saya memutuskan untuk aktif sepenuhnya dalam WWN. Secara Peribadi, saya merasakan pencapaian dalam WWN merupakan sesuatu yang sangat luar biasa yg mana saya mampu menjadi Crown Manager dalam masa yang pantas berbekalkan ilmu dan pengalaman yang ada. Selain itu saya amat bersyukur kerana rangkaian saya, Team Ekin Wellnes terdiri dari mereka yang memang sangat komited dalam perniagaan ini dan sentiasa menghadirkan diri dalam apa juga program yang dianjurkan oleh pihak Syarikat. Komitmen mereka terbukti apa bila Team Ekin Wellness mampu melahirkan 17 Mobile Stokist dalam masa 9 bulan dan melahirkan 3 Pemimpin bertaraf Diamond Manager, 10 Pemimpin bertaraf Emerald Manager dan puluhan Pearl Manager.


TEAM HYPERACTIVE - EKIN WELLNESS 

Saya sendiri merasakan Team ini satu anugerah Allah yg tertinggi dan terbaik utk saya.. Team Ekin Wellness bukan milik saya, tapi milik kita bersama.. tanpa ayat `Team', Ekin Wellness hanyalah seekor semut yg halus.. Team Ekin Wellness adalah Team yang sempurna dan menggegar dunia WWN.. Apa yg penting, KERJASAMA! selepas ini mampukah bertemu lagi dgn Network yg bersatu.. berkerjasama.. komited seperti Team Ekin Wellness? hanya Allah yg maha mengetahui..


IKON 1 KELUARGA 1 USAHAWAN

Pemilihan saya sebagai salah seorang Testimoni Usahawan Berjaya dalam Program WWN - 1 Keluarga 1 Usahawan merupakan Penghormatan yang amat tinggi buat saya. Ini adalah satu pengiktirafan bahawa apa yg saya lakukan selama berada di syarikat ini adalah perkara yang betul dan kemampuan saya untuk berkongsi cara untuk menjadi usahawan yang berjaya pada mereka yang berminat. .


Alhamdulillah pada 1 Mac 2012 kami telah membuka Training Centre untuk memudahkan kami menjalankan majlis ilmu untuk usahawan kami di Pandan Indah.





Aku, MLM & Artikel Menarik

Multi Level Marketing.. atau nama manjanya MLM.. ramai org fobia dgn ayat ni, dan org yg menjalankan bisnes MLM, termasuk aku.. rimas betul dgn org cam ni.. pantang nampak mesti nak promote.. bila jumpa, takde cite lain. .. MLM, MLM, MLM.. ish.. tak kuasa nak layan..

aku terjebak dalam dunia MLM ni cara tak sengaja.. asalnya nak tambah produk jualan aku meniaga online ni.. tak pernah pun aku amik port apa itu MLM... customer aku pakai produk, dapat result bagus, nak jadi ahli aku tlg registerkan.. dah le dapat untung runcit, hujung bulan dapat cheque bonus lagi.. makin bersemangat dan makin rajin tlg daftarkan kawan kawan.. dari situ network aku berkembang..

Sesungguhnya dalam Perniagaan MLM yang membezakan kita dgn orang lain adalah ILMU dan PENGALAMAN. Persaingan makin kuat, nak taknak aku terpaksa belajar la.. bila dah tertaja kaki MLM, takkan memanjang jawab tak reti pasal marketing plan kut.. tak larat aku nak kena kutuk, upline takde ilmu.. skrg ni walau tak berapa nak lancar, tapi bleh la nak explain kat org..

Specialnya team aku ni, kitorang buat biz online 70%, selebihnya offline cam buka booth dan kiosk serta tradisional MLM.. . tiap hari downline aku bersidang kat FB... bila diperlukan, aku turun padang.. takde le plak aku hilang kawan, malahan makin beranak pinak.. best betul tiap negeri aku pergi ada je downline aku yg sudi menanti kedatangan aku.. sekarang ni gi jalan-jalan sambil servis network.. aku suke..

Lebih 6 tahun dalam biz begini banyak perkara yang positif yang aku lalui.. dan berjaya merubah hidup aku dan keluarga.. Korang kat luar sana kalau nak buat MLM, silalah pergi jumpa mana-mana Leader MLM yg dah berjaya dgn jalan yg telus.. tips yg aku nak bagi, Leader yg bertahan di dalam company tu lebih dari 3 tahun.. dan ada pencapaian telah dipegang..

Jgn sesekali terpukau dgn mereka yg suruh dump duit, beli pangkat.. takut anda tak mampu bertahan.. unless upline korang memang mampu membimbing .. aku kesian sgt kat mereka yg nak buat MLM tapi kena tipu nih.. dah keluar duit beribu, upline hilang tah kemana.. biasanya Leader begini, tak lama bleh bertahan.. cepat je lingkup sebab kena sumpah dengan mereka yg teraniaya..

sekarang MLM guna sistem ni dah berleluasa.. yg success tu ok la.. yg kesian kat yg dah buat loan, pas tu barang simpan bawah meja.. 1st month memang ar dapat cheque, 2nd month dapat vaucher, klu nasib baik.. dan bulan seterusnya, lelong barang bawah meja..

Bagi aku, klu dah confident, ko upgrade sket diri korang.. buat MLM ni ibarat pelari marathon.. biar konsisten.. tak perlu berlari laju.. sebab dalam MLM ada destinasi penghujung iaitu pangkat tertinggi.. tapi sekarang ni ramai yg gopoh.. semua nak senang cara cepat.. sanggup buat loan berpuluh malahan beratus ribu semata- mata utk kejar title dalam MLM ni.. buat MLM bukan kerja mudah.. kalau hati tak kering, takde daya saing, takde strategi, jgn harap le nak success..

Permainan dalam dunia MLM ada kalanya agak zalim.. sanggup ketepikan hukum halal haram semata-mata DUIT... sanggup mencantas network orang lain masuk ke group mereka demi DUIT.. memang hancurle hidup kalau joint di bawah Leader MLM yg bertuhankan DUIT ni..

Memang akui akui, bila kita di tahap status LEADER MLM, memang glamer.. klu aku gi HQ , org tak panggey aku Syikin taw.. org panggey aku Crown.. Crown.. vavava.. ingat tak glamer ke.. lagi satu, nama kita dikenali.. setiap tutur kata kita didengar.. klu silap bg statement, kena hentam pun kaw kaw punya..


Utk sukses dalam biz MLM, kita kena berkembang.. dari ahli biasa, upgrade utk jadi stokist bila sale dan netowrok korang dah berkembang..  Pastikan cukup ilmu.. aku cukup pantang tok nenek kalau kaum kerabat aku yg amik stok tapi tatau nak buat apa.. soh gi kelas produk malas.. paling haru lelong kat forum / blog.. kurang ajaran betul.. kesian kat org lain yg serius nak meniaga cam aku.. klu dline aku buat keje cam ni aku bagi kaw kaw punya...

aku bukan anak org kayo.. jadi naik le sket sket.. pelan pelan kayuh pun bleh success.. yg penting base dah kuat.. ibarat pokok yg rendang.. akar & dahan kuat & kukuh... klu satu mati atau patah, yang lain ada..

BIAR LAMBAT, ASAL BERTAHAN..




ARTIKEL TENTANG BISNES MLM.. ENJOY!!


Kejayaan Stail Shortcut Atau Full Version
February 17, 2009 | By Shukri Abdullah |

Kejayaan dicapai, bila Anda berjaya mencapai apa yang Anda targetkan. Namun, ia bergantung pada seberapa besar kehendak Anda, matlamat, azam dan cita-cita Anda. Mungkin, kejayaan menjana pendapatan tertentu, kejayaan dalam kerjaya kerana dinaikkan pangkat atau kejayaan mencapai matlamat perniagaan Anda. Stail kejayaan ada berbagai. Bagi saya, ada dua bentuk, dua nama.

Nama panggilan ni saya cipta sendiri. Kat situlah saya panggil kejayaan dengan dua versi berbeza, kejayaan stail shortcut atau kejayaan stail full version. Kejayaan shortcut adalah kejayaan yang diraih melalui jalan singkat. Prosesnya sama. Anda bekerja keras, merancang strategi lalu bertindak. Cuma, kejayaan Anda luar biasa kerana ia pantas dari kejayaan biasa. Hasilnya pula segera!

Kejayaan full version nama panggilan saya pada kejayaan yang dicapai oleh orang-orang berjaya. Inilah kejayaan normal. Mereka belajar sepanjang masa, menguasai sesuatu kemahiran langkah demi langkah, mengatur strategi, bertindak selain bersedia menghadapi apa saja yang akan terjadi pada usaha mereka sama ada silap atau gagal. Orang-orang yang melalui stail kejayaan full version tidak tamak hingga mahu hasil cepat. Mereka melangkah perlahan-lahan, walaupun proses berusaha mengambil masa. Mereka berjaya mencapai kejayaan setelah melalui berbagai kepayahan, justeru kejayaan itu membuat mereka rasa benar-benar puas!

Sama ada Anda gunakan stail short cut atau full version untuk mencapai kejayaan milik Anda, terlebih dahulu Anda kena fahami kesannya. Kejayaan short cut menjadikan kejayaan yang Anda capai tidak berkembang. Mengapa? Sebab, Anda terdorong untuk jadi selesa dengan kejayaan sedia ada. Walaupun Anda berjaya lebih cepat daripada orang lain, tapi Anda akan hilang minat mencapai lagi kejayaan-kejayaan di masa depan.

Kejayaan full version membuat Anda semakin ghairah, semakin berselera mencapai tahap kejayaan yang semakin mencabar kerana Anda seronok merasai saat bila Anda mempelajari kemahiran baru, berkenalan dengan orang baru, meletak matlamat baru yang pasti menjadikan Anda memiliki mentaliti baru.

Akhirnya, Anda berjaya mencapai satu lagi kejayaan baru!


Kita sedia ketahui, dalam perniagaan perkhidmatan terutamanya, networking memang penting. Istilah yang selalu sangat digunakan adalah “If you are not networking, you are not working!”

Menurut buku Love is the Killer App: How to win Business oleh Tim Sanders, beliau menyebut untuk “mencintai” network kita. Maksudnya untuk benar-benar ingin membantu dan melihat orang lain berkembang. Dan bukannya semata-mata menggunakan network untuk kepentingan sendiri sahaja.
Dalam mendapat network yang berkualiti, 3 perkara penting perlu anda miliki:

  • Perlu berlimu
    Untuk mendapatkan network yang baik, anda perlu emnunjukkan anda seorang yang berilmu. Anda perlu banyak membaca buku dalam bidang anda sendiri. Sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari berkenaan dengan industri anda. Ilmu ini dapat dikongsikan dengan network anda.
  • Perlu menambahkan jaringan
    Cari peluang untuk ke majlis atau network gathering. Lebih ramai orang anda jumpa, lebih banyak peluang network anda boleh dapat. Satu peringatan di sini adalah, di sesuatu majlis, jangan terlalu sibuk berpindah-pindah tempat dan mengedarkan kad bisnes anda. Fikirkan KUALITI hubungan yang anda boleh jalinkan, dan bukan sekadar KUANTITI.
  • Perlu punyai perasaan tolong menolong
    Utamakan network anda dan bukan agenda anda terlebih dahulu. Lebih banyak bertanya dan mendengar daripada anda sahaja yang bercerita. Sebolehnya, bantu network anda tidak kira bidang apa pun, sebagai contoh, sekiranya network yang anda kenali seorang pemilik perniagaan cetakan, selepas berjumpa dan kenal, cuba dapatkan pelanggan cetakan untuknya. Anda tidak akan rugi apa-apa. Malahan, dengan mengutamakan agenda network anda, pastinya memberi kesan hubungan jangka panjang untuk anda!

So, untuk memudahkan anda melakukan network, ingat 3 perkara itu: Ilmu + Tambah jaringan + Tolong menolong = Network yang berkualiti!




Cik Bunga: Bagaimanakah, rama-rama boleh jadi besar dan sangat cantik seperti Cik Rama-rama?

Cik Rama-rama: Oh, terima kasih kerana memuji saya. Baiklah, saya akan ceritakannya. Saya asalnya daripada sebiji telur yang kecil. Kemudian, telur itu akan pecah dan menjadi seekor ulat. Ulat itu akan mencari makanan untuknya membesar. Semasa saya menjadi ulat, saya makan banyak daun. Kemudian, apabila ulat itu kekenyangan, dia ingin berehat. Jadi, ia akan membuat kepompong untuk dirinya. Kepompong tu ialah tempat perlindungan bagi ulat untuk berehat. Selepas beberapa hari kemudian, kepompong itu akan pecah dan jadilah rama-rama yang cantik.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang tidak punya apa, akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu.


Ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa dan insan sekeliling. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya.




Donald Trump opinion on network Marketing (MLM).

In one of the OPRAH talk show, with Donald Trump as the guest,she asked him “if you go bankrupt again what would you do?”

he replied: I will start a MLM business, and then all the audiences started to
BOOOOOOOOOO

and then he said: “That’s why you are sitting there and I am sitting here” I believe MLM is a powerful concept,but it has been misused. Unfortunately most of the people can’t differentiate MLM from PYRAMID SCHEME.

~ Donald Trump may have been a bit rough but he is correct.

 

Hubungi Kami

Syikin / Khairi

013 369 6659

012 383 8018



Servis Penghantaran