header
Apa itu Terapi MIFIRO

 


Setelah mengalami penderitaan penyakit kanser darah pada tahun 2001, Dr. Noordin Darus, seorang pakar motivasi kesihatan yang tidak asing lagi di tanah air ini, bertekad untuk menjadi pelopor Kesejahteraan dengan menggunakan cara perubatan yang mudah. Beliau mengambil iktibar daripada penderitaan yang beliau lalui dengan memperkenalkan Terapi Air Penyembuh Aura atau lebih dikenali dengan Rx-Water®.

Kejayaan Rx-Water® yang menakjubkan telah memberi Dr. Noordin semangat untuk mengkaji kuasa sains perubatan air dan bagaimana ia boleh membantu manusia menangani masalah penyakit-penyakit kronik.

Kita semua tahu bahawa air adalah ibu segala ubat. Tubuh badan kita mempunyai Sistem-Penyembuhan-Semulajadi atau Self-Healing-System (SHS) dalam bahasa Inggeris. SHS kita merangkumi pertuturan, pemikiran, dan tingkah laku kita sendiri yang sebenarnya adalah sama pentingnya dengan air yang kita minum, makanan yang kita makan, persekitaran dan gaya hidup yang kita lalui. Semua penyakit datangnya daripada rohani dan fizikal. Oleh itu rawatan hendaklah merangkumi Minda, Fizikal dan Rohani. Singgahsana kesejahteraan adalah terletak dalam hati kita. Penyembuhan berlaku apabila hati kita bersih dan suci. Atas sebab-sebab inilah Dr. Noordin memperkenalkan Terapi MiFiRo (Minda, Fizikal, Rohani).

Dengan menggunakan prinsip MiFiRo, Teknologi Penyembuh Aura Rx-Water®, nutrien dan khasiat kesejahteraan yang dipindahkan melalui informasi, maka lahirlah Rx17™! Rx17™ mempunyai 7 Remedi Fizikal, 17 Khasiat Kesejahteraan dan 179 Informasi Nutrien. Rx17™ adalah penemuan yang terbaik selepas Rx-Water®. Bagi Dr. Noordin semua penyakit ada ubatnya.

Dr. Noordin sedar bahawa kebanyakan kaedah penyembuhan menggunakan sama ada Tahap Beta atau Tahap Kesedaran, iaitu apa yang kita sedar dan nampak. Ada segelintir yang menggunakan Tahap Alpha / Theta atau Tahap Separuh Sedar. Tetapi, apa yang sering dilupakan ialah Tahap Delta atau Tahap Tak Sedar dan Tak Nampak langsung. Dr. Noordin telah menggabungkan ketiga-tiga tahap ini untuk menghasilkan satu minuman yang lengkap yang boleh dikongsi dengan orang lain.

Terapi MIFIRO adalah konsep terapi yang digunakan oleh Dr. Noordin Darus, doktor perubatan, Pakar Motivasi & Wellness Guru yang paling ternama di Malaysia. Dr, Noordin membuktikan Wellness Medication lebih berkesan dari Western Medication. Ia menggabungkan kaedah terapi dengan 'Air Hidup' berpenawar , Cellfood dari Alam Purba & Garam bukit (sebagai Rawatan Fizikal) dengan sistem Terapi Minda & Rohani iaitu bagaimana nak melatih Minda untuk menjadi 'Commander' terhadap tubuh supaya terus sembuh selain faktor2 rawatan dengan Alam yang ramai orang tidak sedar adalah merupakan penawar yang paling ampuh. Beliau mengajarkan sistem rawatan yang bersifat Holistik, bersyukur & meyakini kekuasaan Tuhan. Gabungan Sistem Terapi ini menjadikan konsep Terapi MIFIRO begitu berkesan kerana digunakan oleh Dr. Noordin sendiri untuk sembuh dari Kanser Darah yang beliau hidapi pada tahun 2001 dulu

Maksud & Definasi Terapi MiFiRo:
- MiFiRo adalah singkatan dari Minda,Fizikal,Rohani.
Ia merupakan suatu gabungan bersepadu 'Wellness Medication' yang mana tujuan utamanya untuk membangkitkan 'Self Healing System' dari 3 element Fizikal - Air 'Hidup' berpenawar serta Mineral (dari bahan purba iaitu Shilajit) & Garam Terapi serta 'Self inner strength' dari sudut Minda (separa sedar & vibrational Mind healing properties), dengan gabungan unsur penyembuhan dari Alam dan kekuatan kerohanian (pemusatan fikiran & keyakinan kepada Kuasa Tertinggi iaitu Allah S.W.T) yang merupakan tahap penyembuhan tertinggi anugerah Ilahi kepada kita semua.


7 Langkah Asas Terapi MiFiRo ialah:

1) Air - Air RxWater/Rx17 atau Air 'hidup berpenawar' yang bersih & bermineral.
2) Mineral (RxTra - dari bahan Shilajit)
3) Garam (RxSalt)
** Kaedah umum cara minum/penggunaan 3 bahan asas di atas ialah dengan meminum sekitar 2.5L air RxWater/Rx17. Bahagikan kepada 5 bahagian (500ml utk setiap bahagian). Bahagian pertama, dititiskan 10 titis RxTra pada air (atau jumlah titis mengikut umur utk kanak2 sehingga berumur 10 tahun) dan diminum bersama2 air liur basi dalaman pada waktu pagi dengan berkumur2 terlebih dahulu. 4 bahagian berikutnya dimulai dengan secalit garam RxTra diletakkan di atas Lidah sebelum minum. Bahagian terakhir pula ditambah lagi dengan 10 titis RxTra lagi. Setiap kali sebelum minum. hendaklah dimulakan dengan doa kepada Ilahi yang dilafazkan (seumpama menawar air), selawat ke atas Nabi & Basmallah.
Detail kaedah minum ini boleh dirujuk pada upline. Saya akan buat 1 post khas tentang cara pengambilan 3 bahan asas di atas
4) Air Kelapa Muda
5) Cahaya Matahari pagi & Embun pagi
6) Bulan Purnama
7) Zikir Sihat / Terapi Minda

7 Langkah Terapi MiFiro

- Info lengkap tentang Terapi MIFIRO akan diberikan dengan setiap belian The All New Rx Water

 

 

 

 

PANDUAN TERAPI MIFIRO:

Penyembuhan Melalui Kekuatan Minda - 'ZIKIR SIHAT'

Otak adalah merupakan sebuah sistem yg sangat cekap yg disambungkan ke setiap sel dalam tubuh kita dengan berbilion-bilion sambungan. Otak kita bagaikan sebuah ‘Mother Board’ dalam CPU komputer kita. Minda pula bagaikan ‘Software’nya. Seluruh tubuh kita pula umpama komponen2 komputer tersebut. Minda (fikiran) merupakan suatu fakulti anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai hebatnya.
Perasankah anda, bila minda kita lemah atau semasa kita bersedih, badan kita pun turut berasa lemah sampai makan pun tak lalu. Tapi bila kita sedang gembira atau sedang seronok terhadap sesuatu perkara, walaupun pada masa itu kita demam selsema, kita bagaikan tak perasan yang kita menghidapi sakit itu sehinggalah ianya sembuh dengan sendirinya.

Tubuh bertindak balas dengan pola fikiran dan tahap mental kita. ‘Psycological state’ atau ‘emotional state’ memberi kesan langsung terhadap sistem Endokrin (Endocrine System) kita. Sebagai contoh, perasaan takut/gementar berhubung kait dengan Adrenaline. Salah satu sistem dalam pusat emosional Otak pula menukar emosi ke dalam respon fizikal. Ia merupakan Receptor dari Neuropeptida yang mengendalikan nafsu makan, kadar gula darah, suhu badan, kelenjar adrenal dan pituitari, jantung, paru-paru, pencernaan dan sistem peredaran darah. Neuropeptida, hormon messenger kimia, membawa emosi bolak-balik antara fikiran dan badan. Ia menukarkan persepsi dalam otak ke tubuh melalui organ, hormon dan aktiviti. Neuropeptida mempengaruhi setiap bahagian utama dari sistem kekebalan (sistem imun) tubuh, sehingga tubuh dan fikiran bekerja bersama sebagai satu unit.
Dalam ertikata lain, setiap kali pemikiran atau emosi kita terangsang oleh sesuatu samada oleh perasaan positif atau negatif, reaksi kimia di dalam tubuh akan berlaku.

Dari sudut penyembuhan, ramai yang tidak sedar bahawa kapasiti kekuatan Minda merupakan penawar yang paling ampuh dari pelbagai jenis rawatan ciptaan manusia di luar sana, dan ianya percuma. Ianya berada di dalam diri kita sendiri. Apa yang perlu kita buat ialah membangkitkannya untuk merangsang proses penyembuhan dari penyakit dan ‘kuncinya’ berada pada tahap Fikiran Separa Sedar kita yang mana jika kita latih Minda kita dengan meletakkan emosi yang positif & semangat yang berkobar2 dengan penuh keinsafan & pengharapan kepada Allah S.W.T, maka Minda kita akan menghantar getaran2 mesej kepada seluruh sistem tubuh kita untuk ‘bangun’ dan bertindak balas.

Bagaimanakah caranya nak membangkitkan Sistem penyembuhan semulajadi tubuh melalui Kuasa Minda ini?
Sebenarnya jawapannya berada di dalam diri kita sendiri dan setelah mendengar tunjuk ajar dari Yg Bhgia DDND tentang kaedah ini samada melalui ceramah MiFiRo beliau ataupun semasa sesi konsultasi dengan Client2 saya yang menghidapi penyakit Kronik, terutamanya Kanser, barulah saya faham sebenarnya kita boleh buat apa yang kita panggil sebagai ‘Zikir Sihat’ untuk merangsang kekuatan Minda terhadap penyembuhan.

Amalan ini boleh dilakukan pada bila2 masa tetapi semasa menjalani Terapi Cahaya Matahari pagi & Embun pagi (sebagaimana yang telah ditunjukkan pada post sebelum ini), saya selalu mencadangkan Terapi Minda atau ‘Zikir Sihat’ ini dilakukan sekali untuk impak penyembuhan yang lebih kuat.

1) Setelah minum RxWater (sebelum Solat subuh) dengan RxTra & Air liur basi dalaman, selepas Solat Subuh seakan-akan telah mula terbit Matahari, sapu rata air RxWater ke seluruh anggota badan (client2 yang menyapu/atau mandi tubuh mereka dengan air RxWater terlebih dahulu mendapati kesannya sangat2 bagus tapi jangan lupa baca Bismillah, selawat & doa terlebih dulu). Sekiranya client kita ada sakit kronik atau yang telah serius, boleh sapu rata tubuh dengan air RxWater yang telah dicampurkan dengan RxTra terlebih dulu.
2) Tenangkan fikiran, lapangkan dada dan fokus (sebut nama Allah di dalam Hati sebanyak yang boleh), tebalkan semangat & azam serta buang masalah2 dari dalam fikiran jauh2. Pusatkan fikiran pada Ilahi & keluar mendapatkan dos cahaya Matahari pagi sambil berjalan-jalan santai di atas rumput2 bersih yang masih basah dengan embun pagi.
4) Semasa ‘bermandikan’ cahaya Matahari pagi itu, sesekali boleh duduk atau berdiri sambil buat latihan pernafasan penyembuhan - (Bagaimana caranya? Jika kita mengamati Bayi atau anak2 yang sangat muda, kita akan melihat bahawa perut mereka akan mengembang dan menguncup secara berirama dengan nafas. Apabila kita menjadi dewasa, pernafasan kita semakin cetek dan mula melupakan kaedah ‘deep breathing’ ini. Tumpukan pada kaedah bernafas yang betul dengan menarik nafas dalam2 (melalui hidung) secara perlahan2 dengan mengembangkan perut kita keluar. Tarik lagi nafas dan kembangkan rusuk dan dada kita. Selepas itu hembuskan perlahan-lahan dengan menguncupkan dada kemudian rusuk dan diikuti dengan abdomen (perut kita) kita - arah berlawanan). Buat berulang2 perlahan-lahan dalam 15 minit
5) Pada masa inilah kita ungkapkan zikir sihat dengan memulakan menyebut Asma Allah (Nama2 Allah) dan dituruti dengan ungkapan iaitu perkataan2 “Aku Sihat”, “Aku Kuat” “Aku Sembuh” dan sebagainya berulang-ulang kali (sambil menggenggam kedua-dua belah tangan dan memejamkan mata). Harus diingat bahawa perkataan yang kita sebutkan itu mestilah dilafazkan (bukan hanya dalam hati) & dalam bentuk ‘Present Tense’ dan bukannya ‘Future tense’ seperti “Aku akan sihat” atau “Aku mesti sihat”, “Aku boleh sembuh” dan sebagainya. Ianya bertujuan memberikan seakan suatu mesej ‘code morse’ dari bahagian pusat Minda untuk menghantarnya ke seluruh tubuh semacam alunan ‘drum’ yang akan diterjemahkan kepada bentuk pelan tindakan dan melancarkan aktiviti penyembuhan tubuh kita.

Proses ini berlaku tanpa kita menyedarinya tetapi kita akan dapat merasainya, insyaAllah. Jika boleh, semasa sedang memejamkan mata sambil membuat ‘Zikir Sihat’ tersebut, buatlah proses Visualisasi iaitu seakan suatu bentuk ‘self-hypnosis’ dengan membayangkan imej2 positif berlakunya proses penyembuhan tersebut. Contohnya yang selalu saya cadangkan kepada client2 saya ialah membayangkan kita sedang menyerap cahaya Matahari tersebut yang hangat2 suam dan menghalakannya ke tempat sakit kita (contohnya ke bahagian Thyroid bagi pesakit Thyroid atau ke Ginjal bagi pesakit Ginjal, ke organ Pankreas bagi pesakit Diabetes dan sebagainya).
Boleh juga bayangkan Cahaya Matahari yang kita serap itu dihalakan ke ‘Askar2’ sistem Imun kita yang kemudiannya bangun dan menyerang sel-sel Kanser sampai semuanya mati. Kemudian sel2 Kanser tersebut akan menjadi seperti lumpur dan disingkirkan dari tubuh kita.
Di samping itu, ingatlah Rahmat Ilahi yang selama ini dikurniakan kepada kita dan senyum dengan mengatakan kesyukuran yang tidak terhingga semasa mengulang-ulang ungkapan2 'Zikir Sihat' tersebut.
6) Ulang-ulang proses Terapi ini (dalam lebih kurang 15 min). Buatlah setiap hari dan sentiasa positif dan tabah. Disarankan juga buat 'Zikir Sihat ini' selepas wirid setelah selesai Solat Fardhu. Jangan lupa sentiasa menghadirkan hati dengan mengingati Allah dan jangan terlalu memikirkan tentang kesakitan. Dengan cara ini, akan memudahkan proses penyembuhan.

Melalui terapi MIFIRO ini, mereka yang menghidapi Kanser Payudara, Liukemia, Kanser Otak, Thyroid sakit Ginjal yang serius (setiap hari kena buat dialisis di rumah), Kencing Manis yang melakukan terapi MiFiRo terutama Air RxWater & Terapi Minda seperti di atas, kesemua mereka mendapat tindakbalas positif dan yang peliknya kebanyakan mereka mendapat Healing Crisis yang sama serta ketumbuhan Kanser mereka mengecut secara tiba-tiba.

"Tiadalah orang yang berputus asa dari Rahmat Tuhannya, melainkan orang-orang yang Sesat" (Surah Al-Hijr ayat 56)

 

PANDUAN TERAPI MIFIRO:

Cahaya Bulan:

Salah satu langkah unik yang disarankan oleh Ybhg Dato Dr. Noordin Darus dalam 7 Langkah Terapi MiFiRo ini ialah 'Cahaya Bulan' dan yang terbaik ialah ketika Bulan Purnama. Apakah khasiat & manfaat cahaya Bulan ini untuk proses penyembuhan?
Di dalam Al-Quran, banyak ayat2 yang menyarankan kita 'memerhatikan & merenung ' keindahan Bulan, Bintang2 & Alam ini.

Allah S.W.T telah berfirman di dalam Al-Quran,

"Dan Allah menciptakan padanya Bulan sebagai Cahaya dan menjadikan Matahari sebagai Pelita" Surah Nuh Ayat 16

dan

"dan dengan Bulan apabila jadi purnama" Surah Al-Inshiqaq Ayat 18

Cahaya bulan mempunyai nilai teraputik yang tersendiri terhadap tubuh & Minda. Ia merupakan makhluk Allah yang unik dan mempunyai 'tugas' yang sangat penting dan unik juga. Cahaya Bulan merupakan biasan dari cahaya Matahari dan ianya tidak merbahaya berbanding jika kita berjemur pada Matahari terik yang terdedah pada sinar UV yang berlebihan.

Cuba dapatkan 'dos' limpahan cahaya bulan di antara 15 minit ke 30 minit sekurang-kurangnya 3 hari seminggu. Renung ke arah Bulan purnama & lafazkan zikir membesarkan Ilahi termasuk Zikir Terapi Minda (sebagaimana yg pernah ditunjukkan sebelum ini).

'Bercakap-cakaplah' pada Bulan purnama sambil memuji2 kebesaran Ilahi yang menciptanya. Antara ungkapan2 yg boleh disebut..

"Maha Agung Allah yang telah menghiaskan engkau, wahai Bulan, secantik ini. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan engkau dengan sia-sia. Segala-galanya pasti akan kembali kepada Allah yang Maha Esa. Maka dengan inayah-Mu, Ya Allah, masukkanlah Aku ke dalam Lembayung Rahmatmu, sihatkanlah tubuhku dan indahkanlah pekertiku seindah cahaya Bulan PurnamaMu.."

Suasana Bening malam ketika Bulan purnama menghamparkan Cahayanya selain mempunyai nilai Teraputik, memberi 'Calming Effect' yang sangat bagus untuk Minda & kelancaran sistem penyembuhan Tubuh Kita.

Sebenarnya salah satu amalan Rasulullah pun sebelum baginda memulakan Solat Sunat Tahajjud, Baginda akan ambil wudu' dengan sempurna, mendongak ke langit melihat keindahan Bulan dan Bintang2 sambil berdoa "Ya Allah, janganlah Engkau palingkan Hatiku setelah Engkau berikan aku HidayahMu". Selepas itu, terus melakukan Solat Tahajjud.

 

 

 

Jenis-jenis air (sebahagian)

 

Air Mati

Air Hidup

Air Penawar

Air Suling

Perigi

Zam Zam

Reverse Osmosis (RO)

Mata Air

Hunza (Pakistan)

Mushammas

Gunung

Okinawa, Jepun

De ionized (DI)

Hujan

Equador

New water (Air Kitar Semula)

Salji

Lounde’s, Perancis

Air masak

Tenaga

RX water, Malaysia

 


∏ water

 


 


Hexagon

 


 


Alkaline

 


 


O2


 

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

 

Konsep Perawatan RX Water

Rahsia utama RX water adalah pada kartrij terakhir yang menghasilkan air yang beraura sehingga dikategorikan sebagai air penawar, bukan sekadar air hidup.

Penggubah aura mampu membantu kesan penyembuhan penyakit melalui peningkatan tenaga air, kandungan oksigen terlarut, kapasiti membawa nutrein, komunikasi antara sel dan kelajuan perpindahan maklumat.


Terapi Penyembuhan Melalui RX water

Antara ciri-ciri yang menjadikan Rx-Water begitu berbeza dan unik adalah konsep Kesejahteraan dalaman dan luarannya. Sistem ini direka untuk memberi manfaat kepada minda, tubuh dan Aura anda. Selain manfaat dari hujung rambut hingga hujung kaki, ia juga membantu membersih, menyegar, menambah tahap oksigen serta meningkatkan prestasi setiap sel dalam tubuh anda. Kesan serta merta ini boleh dibuktikan melalui ujian Aura.


Kita memperolehi tenaga aura dari alam semesta yang menyelubungi kita. Ia dapat dipertingkatkan oleh Rx Water. Terapi air yang menggunakan Rx Water membantu melicinkan pengaliran darah serta trenaga chi dalam tubuh kita. Penyekatan pengaliran darah dan tenaga ini biasanya menyebabkan penyakit. Penyekatan sebegini boleh dilihat dalam warna-warna aura anda.

 

Rahsia utama RX water adalah pada kartrij terakhir yang menghasilkan air yang beraura sehingga dikategorikan sebagai air penawar, bukan sekadar air hidup.

Penggubah aura mampu membantu kesan penyembuhan penyakit melalui peningkatan tenaga air, kandungan oksigen terlarut, kapasiti membawa nutrein, komunikasi antara sel dan kelajuan perpindahan maklumat.

Penyegar Vortexian nya pula memecahkan lagi molekul air kepada gumpalan kecil untuk meningkatkan penyerapan oleh tubuh badan.

Bahan liat Kalsium yang diionkan membantu menambah rasa air.

Di dalam badan pula RX water berfungsi untuk mengeluarkan toksin, menyeimbangkan & mengharmonikan homeostasis, pembaikan, perlindungan dan pengendalian fungsi-fungsi selular serta meningkatkan imuniti melalui konsep pemindahan Aura yang telah diaktifkan seterusnya memberikan kesan bio penyembuhan.

Air yang mampu menyembuh dan tidak memudaratkan untuk jangka masa panjang.

Asid amino membantu menguatkan sel darah merah danmemudahkan penyerapan oksigen oleh darah

Mengandungi vitamin B2, B3, B5, C, D, H dan K untuk digunakan oleh tubuh badan

Protein untuk sumber tenaga, kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat dan berbagai mineral lain



TANDA-TANDA AWAL KANSER

1.

Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

2.

Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

3.

Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

4.

Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

5.

Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

6.

Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

7.

Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

8.

Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

9.

Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

10.

Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

11.

Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.



10 PENYEBAB UTAMA KANSER

Pencemaran air dan udara
Makanan
Tembakau
Alkohol
Radiasi
Pengambilan ubat
Sinaran cahaya matahari
Pekerjaan
Perokok yang tidak aktif
Keturunan


TERAPI AIR RX-WATER


Untuk mendapatkan kesan penggunaan Rx-water yang maksimum, kaedah berikut disarankan oleh Dr Noordin :
Pagi Minum dengan air liur basi dalaman (bangun pagi) sebelum memberus gigi (0.5 liter Rx-water dengan 10 titis Rx-Tra)
Sebelum tengahari Rx-salt (secalit jari manis) dengan 0.5 liter Rx-water
Tengahari Rx-salt (secalit jari manis) dengan 0.5 liter Rx-water
Petang Rx-salt (secalit jari manis) dengan 0.5 liter Rx-water
Malam Rx-salt (secalit jari manis) dengan 0.5 liter Rx-water dan 10 titis Rx-Tra


RAWATAN AIR

Persatuan perubatan di Jepun telah menemui kaedah rawatan air sebagai penyembuh kepada beberapa jenis penyakit seperti sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, lenguh sendi, degupan jantung yang cepat, sawan babi, kegemukan, bronchitis, asma, batuk kering, meningitis, sakit buah pinggang, gastrik dan muntah-muntah, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, penyakit-penyakit mata, kanser rahim dan haid yang tidak teratur serta penyakit-penyakit hidung dan kerongkong.

Kaedah Rawatan Am:

1.

Minum 4 gelas air (setiap gelas 160 ml) setiap pagi selepas bangun tidur dan sebelum memberus gigi.

2.

Berus gigi, bersihkan mulut dan jangan minum sebarang minuman selama 45 minit.

3.

Selepas 45 minit, anda boleh makan dan minum seperti biasa.

4.

Selepas 15 minit bersarapan, makan tengah hari dan makan malam, jangan minum sebarang minuman selama 2 jam.

5.

Bagi warga tua, individu yang sakit dan individu yang tidak berupaya untuk minum 4 gelas air pada permulaan, mulakan dengan sedikit demi sedikit dan perlahan-lahan tingkatkan sehingga 4 gelas sehari.

6.

Kaedah rawatan di atas akan menyembuhkan penyakit dan membolehkan anda menikmati kehidupan yang sihat.

 

Berikut ialah anggaran jangka masa rawatan ini menyembuhkan penyakit:

1.

Tekanan darah tinggi 30 hari

2.

Gastrik 10 hari

3.

Kencing manis 30 hari

4.

Sembelit 10 hari

5.

Kanser 180 hari

6.

TB (batuk kering) 90 hari


Pesakit lenguh sendi perlu mengikut kaedah rawatan ini selama 3 hari untuk minggu pertama dan diikuti dengan setiap hari untuk minggu berikutnya. Kaedah ini agak sukar untuk diamalkan berbanding kaedah penggunaan Rx-water yang disarankan.

Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan. Walau bagaimana pun, pada permulaan rawatan anda mungkin kerap membuang air kecil atau beberapa kesan penyembuhan lain.


 

 

Penemuan yang hebat ini merangkumi 7 tahap penyembuhan :

  • Kesedaran (disedari)
  • Kesedaran (tidak disedari)
  • Separuh sedar tahap Alfa
  • Separuh sedar tahap Theta
  • Tidak sedar tahap Delta
  • Keajaiban (melampaui tahap pemahaman manusia)
  • Tahap Ketuhanan. Yang Maha Agung

Sistem Penyembuhan Semulajadi

Seperti yang telah diperjelaskan tadi, badan kita mempunyai sistem penyembuhan tersendiri atau semulajadi. Malangnya, sistem ini tidak diberi peluang untuk berfungsi dengan berkesan dan sepenuhnya.

Kehidupan seharian kita adalah sentiasa berdasarkan pemindahan dan penyesuaian informasi. Seperti juga makanan yang kita makan, informasi perlu dihadam, diubah dan dikeluarkan. Jika proses pemindahan informasi ini diganggu atau dicemar, akibatnya adalah penyakit. Sebab itulah salah satu punca penyakit adalah stres. Orang yang pemikirannya sentiasa diganggu tidak mungkin boleh hidup sihat. Seperti kata pepatah, kita adalah apa yang kita makan. Oleh itu adalah penting untuk kita tahu apa yang kita masukkan ke dalam tubuh badan kita.

RxWater & Rx17™ dicipta untuk berfungsi pada tahap informasi yang, seperti yang telah diperjelaskan di atas, boleh memberi impak kepada tahap tenaga, biokimia dan struktur tubuh kita. Rx17™ membantu dalam "Keseimbangan informasi" kepada Sistem-Penyembuhan-Semulajadi kita sekaligus memberi kesihatan optimum.

Setiap yang sempurna itu adalah gabungan bahagian-bahagian kecil. Badan kita yang sempurna adalah gabungan semua komponen yang menjadikan kita lengkap termasuklah komponen informasi yang diserapkan. Umpamanya, KITA adalah bukan sahaja gabungan tenaga fisiologi, biokimia dan fizikal tetapi juga gabungan fikiran dan emosi, sejarah hidup, pengalaman, genetik, persekitaran, gaya hidup dan aura di sekeliling kita.

RxWater & Rx17™ merangkumi kesemua elemen ini dan ia akan berfungsi dengan baik jika kita bersedia untuk menyembuhkan diri kita sendiri. Inilah yang dinamakan Sistem-Penyembuhan-Semulajadi. Ia adalah lebih daripada hanya radionik, elektronik atau satu program berdasarkan resonan dan ia juga bukan sekadar air mineral yang bertenaga seperti yang terdapat di pasaran sekarang. Kelebihan Rx17™ ialah ia menggunakan informasi dalam pelbagai cara termasuk kata-kata, isyarat, kawalan minda, dan emosi walaupun elemen-elemen ini lazimnya tidak diiktiraf dan diketepikan sahaja.

Berdasarkan prinsip-prinsip terkini dalam sains perubatan air, Rx17™ menembusi aliran tenaga dan informasi yang boleh memberi keseimbangan Minda, Fizikal dan Rohani. Perubatan MiFiRo ini boleh menangani stres yang selama ini tidak mempunyai jawapan atau penjelasan mengenainya seperti gangguan mental dan emosi.

Dan buat pertama kalinya dalam sejarah, Rx17™ menyatukan 17 bahan semulajadi dalam air minuman. Rx17™ boleh dianggap sebagai tonik kesihatan untuk hidup sihat sejahtera sepanjang hayat.


Bagaimana Ia Berfungsi

Rx17™ menggunakan Teknologi Penyembuhan Beraura Rx-Water®, Perubatan Tenaga dan Perubatan Informasi dengan berasaskan 7 remedi fizikal, 17 khasiat kesejahteraan dan 179 informasi nutrient. Apabila digabungkan, ketiga-tiga ini akan bertindak ke atas Sistem-Penyembuhan-Semulajadi kita.

Rx17™ mempunyai tiga elemen yang ketara iaitu elemen tenaga, elemen informasi dan elemen rohani.

  1. Elemen Tenaga (Tubuh Badan)
    7 Remedi Fizikal yang terkandung dalam elemen ini ialah ::
    1. Terapi Aura Bio-Fotonik
      Fungsi bio-photons ialah untuk mempertingkatkan perjalanan darah dan metabolisma, dan juga kekuatan mental dan fizikal seseorang itu.
    2. Mineral dan unsur surihan yang terpilih
      Semua aktiviti fisiologi hanya akan berfungsi dengan kewujudan mineral. Semua vitamin, enzim, hormon dan metabolisma juga memerlukan mineral dan unsur surihan.
    3. Terapi Rx-Water®
      Sejak terciptanya Rx-Water®, ribuan orang telah mendapat manfaat Terapi Air Penawar Beraura. Rx17™ adalah Rx-Water® yang telah dipertingkatkan.
    4. Rx-Magnetization
      Air yang telah dimagnetkan telah terbukti mempunyai tenaga dan unsur penawar yang tinggi dan menakjubkan.
    5. Rx-Clay (Tanah Liat )
      Tanah liat telah terbukti sebagai bahan anti-toksin dan anti-keracunan yang baik.
    6. Hasrat Murni Kesejahteraan
      Rx17™ mempunyai 17 Hasrat Murni Kesejahteraan yang telah diterima pakai oleh manusia sejagat.
    7. Terapi Chakra
      Terapi kuno yang boleh memberi manfaat kepada tubuh badan kita, seperti aura warna yang dapat membangkitkan perasaan positif dan sebagainya.
  2. Elemen Informasi ( Minda )
    Rx17™ mempunyai 179 informasi nutrien yang dipetik daripada 7 kumpulan Perubatan MiFiRo, iaitu:
    • Suplemen daripada herba, vitamin dan mineral, asid amino, enzim dan hormon, anti-oksida, sayur-sayuran dan garam schuessler.
    • Terapi warna, air dan kristal.
    • Esen bunga dan madu.
    • Anti-toksin dan detox daripada logam berat.
    • Homeopati.
    • Remedi semulajadi.
    • 7 Prinsip Sihat Sepanjang Hayat, iaitu satu-satunya ilmu bagi menangani stress dan perasaan negatif.

      Amongst the 179 Health Informational Ingredients from the above groups are :
      Rx-Water®
      Co-Enzyme Q10
      Kesihatan dan Tenaga
      Teh Hijau Selenium
      Ketenangan Minda
      Spirulina Geranium
      Bersyukur
      Gandum Warna Unggu
      Tujuan Hidup
      Garam Buluh Warna Oren
      Red Beet
      Warna Biru
      Lingzhi Warna Hijau
      Buah Zaitun
      Amethyst
      Rosehip
      Sarang Burung
      Bunga Ros Liar Madu
      Vitamin A
      Anti-Toksin
      Vitamins B1-12
      Logam Berat yang telah di detox


      3. Elemen Rohaniah
      Semua penyakit datangnya daripada rohani kita dan daripada kehendak Tuhan dan tingkahlaku kita sendiri. Dengan kehendakNya jugalah datangnya ilham untuk mencipta air ini. Oleh itu untuk merasakan keberkesanan air ini, kita mestilah berada dalam keadaan yang tenang dan bersih dari segi rohani, jasmani dan juga persekitaran.

      Di antara hasrat-hasrat dan ilham yang telah dipindahkan ke dalam air ini adalah :
      • Aku Sihat Walafiat
      • Aku Ceria dan Bertenaga
      • Aku Pengasih dan Penyayang
      • Aku Bersyukur
      • Aku Tenang
      • Aku Pemaaf
      • Aku Penyabar
      • Aku Berani
      • Aku Ikhlas
      • Aku Bertanggungjawab
      • Aku Berdisiplin
      • Aku Rajin dan Bijaksana
      • Aku Beristiqamah


      Perubatan MiFiRo yang dipelopori oleh Dr. Noordin adalah yang terkini di dalam Perubatan Komplimentari (Complementary Healing) kepada terapi Tenaga dan Biologi. Bezanya adalah terapi yang lazim digunakan itu sangat terhad oleh masa, ruang dan mass. Tanpa fokus, perubatan seperti ini akan pudar oleh masa atau keberkesanannya. Disebaliknya, dengan elemen informasi, penyembuhan yang ingin disampaikan adalah lebih spesifik, fokus dan tidak ditelan waktu. Doa adalah salah satu contoh elemen informasi yang terbaik. Walau bagaimanapun, doa itu sangat bergantung kepada emosi seseorang itu. Adalah agak mustahil seseorang itu boleh mengawal emosinya senantiasa. Oleh itu apa yang didoakannya itu tidak selalu dapat menepati kehendaknya. Rx17™ dapat mengatasi masalah ini dengan penghijrahan informasi melalui teknologi yang sangat fokus, tepat dan boleh diulangi.

      Kesimpulannya, apa yang anda nampak dalam Rx17™ (iaitu botol, air, warna, rekabentuk, ayat) semuanya adalah sebahagian sahaja daripada bahan sebenarnya iaitu cuma elemen fizikal sahaja. Apa yang lebih penting adalah apa yang anda tidak nampak iaitu elemen informasi dan rohaniah. Inilah keistimewaan Rx17™. Apabila semua fikiran kita, elemen-elemen fizikal dan rohani seimbang, maka Sistem-Penyembuhan-Semulajadi (SHS) kita akan dihidupkan secara otomatik. Ia adalah pemberian Tuhan dan hendaklah diberi peluang untuk berfungsi sepatutnya. Kita semua berhak untuk menikmati Kesejahteraan, Kegembiraan dan Keharmonian.

 


Ujian Aura Rx-Water

Sememangnya AIR dijadikan Allah mempunyai kefungsian utk merawat, menyembuh, merakam, menyimpan dan memindahkan maklumat namun dengan KELEBIHAN energy positif yang bersih lagi suci insyaAllah KEAJAIBAN bukan lagi sesuatu yg mustahil...inilah RAHMAT Allah sesungguhnya!...
Ternyata air Rx-Water mempunyai KUASA PENYEMBUHAN & AURA POSITIF dalam kelasnya yang tersendiri.. SUBHANALLAH! Aura nya hampir menyamai energi air ZAM ZAM, inilah BUKTI kasih sayang ALLAH sebenarnya. Sungguhpun kita jauh beribu batu dari Tanah Suci namun penawar itu dikirimkan untuk kita NIKMATI! Satu ujian mengukur aura bagi pelbagai jenis air telah diadakan dalam satu sesi ringkas yang diadakan baru-baru ini. Tidak ada ungkapan yang mampu menggambarkan kehebatannya melainkan anda saksikannya sendiri!

Rx17™ dan Aura

Seperti juga Rx-Water®, Rx17™ berupaya meningkatkan aura seseorang itu kepada yang lebih positif. Bagi anda yang tidak pernah dengar tentang Aura, Aura itu adalah medan tenaga yang boleh dikesan disekitar tubuh badan kita iaitu di kepala dan badan. Aura seseorang itu berubah-ubah mengikut keadaan emosi dan pemikirannya.

 

Protein untuk sumber tenaga, kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat dan berbagai mineral lain

 

Gambar A : adalah eksperimen yang dibuat keatas diri Dr. Noordin sendiri. Ambil perhatian bahawa Dr. Noordin adalah pengamal terapi Rx-Water® yang setia. Oleh itu, gambar Auranya memang menunjukkan kesan-kesan positif seperti elemen-elemen kedamaian, kejiwaan, spiritual, kasih sayang dan sebagainya.

Gambar B : Setelah meminum Rx17™, aura beliau lebih menyerlah dengan kebangkitan tenaga yang menunjukkan elemen-elemen intelek, keceriaan, pemaaf yang sejati, penyembuh dan pengajar yang jujur.

Melihat dan mengetahui aura sendiri boleh membuat seseorang itu memperbaharui dirinya dan menggunakan potensi yang ada dalam dirinya.

Kebaikan of Rx17™

Rx-17™ boleh membantu dalam penyakit-penyakit seperti ::

Barah/Kanser
Stress
Lelah Lemah Tenaga Batin
Alahan Senggugut
Darah Tinggi Kegemukan/Obesiti
Kencing Manis Strok
Gastrik Ketagihan Dadah
SLE Keguguran Rambut
Penyakit Buah Pinggang Jerawat
Migrain Resdong/Sinus
Sakit Belakang Kelesuan Fibroid dan lain-lain lagi
Sakit Sendi Gout
Sawan Lumpuh
Masalah Mental

Rx17™ membantu secara semulajadi dan mempunyai 5 tahun trek rekod daripada ibunya, Rx-Water7. Ia tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan dan tidak bercanggah dengan terapi sedia ada. Ia juga mudah diminum, murah dan boleh dibawa ke mana-mana.


Testimoni

Pak Gunawan. Jakarta, 54 years
Setelah terjatuh semasa bersenam, bahu kanan saya mengalami kecederaan sehingga saya tidak boleh angkat tangan. Bermacam-macam terapi telah saya cuba tetapi ia masih tidak pulih, sehinggakan doktor mengesyorkan pembedahan. Mujurlah saya berjumpa Dr. Noordin dan beliau mengubati saya melalui Rx17™. Alhamdulillah, bahu saya sudah tidak sakit lagi dan tidak perlu dibedah.

Norizan Shamsuddin, 46 years
Saya sentiasa mengalami keletihan selain senggugut yang teruk akibat fibroid. Setelah menjalani terapi Rx17, badan saya berasa segar dan cergas, sengal-sengal dibadan pun hilang.

Carrian See, 35 years
Saya selalu diserang penyakit migrain yang amat teruk sehinggakan kadang-kadang terpaksa mengambil cuti sakit. Apabila saya mengamalkan terapi Rx17™, migrain saya hilang begitu saja sehinggakan kadang-kadang saya sendiri terlupa yang saya pernah mengalami penyakit ini.


Cara Penggunaan Rx17™

  • Disyorkan minum sekurang-kurangnya 5 botol Rx17™ sehari.
  • Digalakkan mengambil Rx17™ sebelum makan.
  • Jangan sesekali memasak Rx17™.
  • Simpan di tempat kering. Sesuai untuk semua peringkat umur termasuk ibu-ibu mengandung.

Apa-apa bentuk krisis pemulihan semasa terapi Rx17™ adalah sementara sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor sekiranya krisis pemulihan berlanjutan lebih daripada 48 jam.

Perhatian

Rx17™ bukanlah sejenis ubat. Kami tidak mengesyorkan anda menggantikan perkhidmatan profesional doktor perubatan dengan terapi ini. Sila dapatkan nasihat doktor anda dahulu bagi mereka yang di bawah pengawasan doktor.

Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa jua kesan atau tindakbalas dari penggunaan Rx17™. Kami tidak menjamin bahawa Rx17™ akan memberi kesan yang sama kepada semua orang dan tiada jaminan penyembuhan.

 

Hubungi Kami

Syikin / Khairi

013 369 6659

012 383 8018



Servis Penghantaran