header
Rxlite Gold

Produk pelangsingan paling saya syorkan pada pelanggan www.kedai2ekin.com adalah Rxlite - minuman diet berperisa koko formula Dr Noordin Darus. Mengapa Rxlite?

Pengalaman peribadi sebagai seorang pengedar produk kecantikan dan kesihatan.. terlalu banyak produk pelansingan yang berada di pasaran.. dan bukan sesuatu yg pelik bila melihat produk pelansingan terkemuka tiba-tiba ditarik balik atau diharamkan dipasarkan kerana mengandungi `sibutramine', sejenis bahan kimia yang hanya boleh diambil dibawah pengawasan doktor. Kebanyakan Pengasas produk tidak pernah muncul di media untuk memberikan penjelasan bila produk mereka diharamkan, malahan alasan yang sering digunakan adalah - mereka di aniaya atau disabotaj.

Dengan munculnya RxLite di pasaran, kita boleh meletakkan harapan tinggi untuk menguruskan badan dengan cara sihat dan selamat. Dato' Dr Nordin Darus bertanggungjawab sepenuhnya ke atas produk yang dikeluarkan.

 

 


Rxlite - Mudah, Lazat, Berkesan!


RxLite merupakan minum diet yang menggabungkan :-


  • Carcina Gambodia atau Asam Keping lebih dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai Asam Keping yang digunakan sebagai perisa masakan. Ia berfungsi utk membakar lemak dan menahan lapar.
  • L-Carnitine merupakan sejenis zat yang membantu menukarkan lemak kepada tenaga.
  • Koko asli (Flavoids) yang bersifat anti kanser melebihi teh.
  • DND Fiber yang merupakan serat gandun formula Dato Dr Noordin Darus yg membuatkan anda merasa kenyang
  • Gula Fructose sebagai pemanis disamping membekalkan tenaga pada anda yang sedang berdiet.

Carcinoga Gambogia dan L-Carnitine telah terbukti secara saintifik membantu membakar lemak. L Carnitine sebenarnya dihasilkan oleh tubuh kita di Hati & Ginjal dan disimpan di otot tulang, jantung, otak & sperma. Sesetengah orang boleh kekurangan Carnitine kerana tubuh mereka tidak menghasilkan cukup Carnitine atau pemindahan ke tisu-tisu supaya boleh digunakan. Sesetengah penyakit atau medikasi juga boleh menyebabkan kita kekurangan Carnitine ini. Carnitine juga bertindak sebagai anti-Oksidan. Secara semulajadinya, ia terdapat di dalam buah Avocado, susu ibu, produk-produk tenusu, daging Merah (terutama Kambing & Lembu) serta Tempe (kacang Soya yang diperap). Kekurangan L-Carnitine boleh menyebabkan Keletihan, Kekejangan Otot atau Penurunan kadar Gula dalam darah. Selalunya para atlit yang pergi bercuti ke luar negara 'makan angin' untuk beberapa hari atau minggu setelah menang perlawanan, badan mereka akan mudah 'naik' jika mereka tidak ikut rutin rejim senaman dan latihan seperti biasa.

Apa yang akan Dr. Sukan seperti Dr. Noordin Darus 'prescribe' untuk mereka ialah L-Carnitine. Ia membolehkan mereka mengurangkan kandungan lemak dalam tubuh mereka dengan kadar cepat sebelum bersedia untuk acara sukan atau perlawanan yang akan datang. Inilah uniknya Rx-Lite. Ia dihasilkan oleh profesional yang menjaga orang-orang profesional (atlit-atlit kebangsaan) Selain itu, Rx-Lite diproses dengan medium Rx-Water yang menjadikannya berAura. Ia diadun dengan Koko asli (Flavoids) yang bersifat anti kanser melebihi teh.

Rx-Lite tidak akan menjadikan kulit kita mengeleber setelah turun berat badan & tidak menjadikan muka kita pucat lesi kerana kekurangan air/lemak kerana kurang makan, bukan kerana pembakaran lemak semulajadi. Itulah konsep di sebalik Terapi dengan RxLite ini. yang unik atas segala keunikan produk ini ialah ia diproses dengan perantaraan Rx-Water, air Terapi berpenawar yang bersifat anti Kanser

Photobucket

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


 


Kandungan RxLite Gold

Extract green coffee :-

Kajian menunjukkan Green coffee adalah bahan yang paling terhebat dan terbaik didunia masa kini. Extrack green coffee dalam rxlite gold didapati dengan cara semulajadi dengan proses perahan, dikeringkan dan dijadikan serbuk. Green coffee berfungsi sebagai glucose blocker dan ia juga pembakar lemak secara semulajadi. Kajian menunjukkan green coffee mampu menguruskan badan sehingga 8kg dalam masa 22 minggu (5 ½ bulan) tanpa menukar rutin harian (dari rancangan Dr Oz)


Fungsi dan keistimewaan Ekstrak Green Coffee :-

  • menurunkan berat badan dalam masa yang panjang
  • sebagai penghalang glukos di dalam badan
  • pembakar lemak `ajaib'menghilangkan lemak dan berat badan tanpa mengganggu rutin kebiasaan

Chia seed

Chia Seed merupakan Amazing Superfood yang berasal dari Bolivia, Peru dan Venezuela. Chia seed digunakan oleh penduduk di negara tersebut pada zaman dahulu sebagai pemakanan superfood untuk memberikan tenaga semasa pergi memburu dan juga bertani. pengambilan segelas di sebelah pagi mampu memberikan tenaga seharian.

Chia seed adalah ibu kepada biji selasih. 5-6 ribu tahun dahulu, chia seed digunakan sebagai penahan lapar dan memberikan kesihatan kerana ia mempunyai vitamin tertentu. Chia seed adalah dikategorikan SuperFood yang memberikan tenaga berpanjangan dan tahan lasak.

Bila kita ambil rxlite gold ni, kita kurang makan. Ia tidak menjadikan masalah kerana Superfood ini berfungsi sebagai replacement food. Di kedai organic food, chia seed sering disyorkan untuk menguruskan badan.Chia seed mendapat permintaan yang tinggi dari mereka yang menitikberatkan pemakanan bernutrisi. Berbanding dengan biji selasih, hargaChia Seed 4 kali ganda lebih mahal.

Chia seed kini ditaman secara meluas di Australia. Nutrisi yang terkandung dalam chia seed adalah seperti berikut :-

- Omega 3 - 8 kali ganda dari ikan Salmon

- Kalsium - 6 kali ganda dari susu

- Magnesium - 15 kali ganda berbanding brocoli

- Phosphorus 9 kali ganda berbanding susu

- Protein-6 kali ganda berbanding kidney beans

- Serat - 2 kali ganda berbanding flakes

- Selenium - 4 kali ganda berbanding flaxseeds

- Iron (zat besi)- 3 kali ganda berbanding bayam

- Potassium - 2 kali ganda berbanding pisang


Fungsi dan keistimewaan Chia Seed :-

  • `Superfood' semulajadi
  • mujarab untuk pelangsingan
  • meningkatkan tenaga
  • meningkatkan daya tahan tubuh badan
  • mempunyai kandungan omega 3 paling tinggi

Garcinia Cambogia - Asam gelugor (India & SEA)

RxLite mengandungi antara bahan utamanya iaitu ekstrak Carcinoga Cambogia yang merupakan bahan yang telah terbukti secara saintifik membantu membakar lemak. Bahan Carcina Gambodia ini sebenarnya lebih dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai Asam Keping yang digunakan sebagai perisa masakan.

  • Menurunkan berat bbadan secara SEMULAJADI
  • menghilangkan lemak
  • menurunkan kadar kolestrol
  • meningkatkan BMR tubuh
  • menghindarkan dari penyakit gastrik




Fungsi dan keistimewaan Stevia :-
  • 300x ganda lebih manis dari gula biasa
  • impak minima pada kadar glukosa dalam darah
  • kalori '0' - membantu program pelangsingan
  • anti radang dan anti kanser dikenali sebagai `pemanis jepun'




Berapa kotak RxLite Gold perlu saya ambil untuk menguruskan badan?

Berikut adalah cara mudah untuk ketahui berapa kotak Rxlite Gold yang kita perlukan untuk mendapatkan berat badan ideal. Dengan pengambilan 2 sachet Rxlite sehari selama sebulan, membantu turunkan berat anggaran 5-8kg..

katakan berat kita adalah 85kg dengan ketinggian 170cm, maka kita perlu turunkan berat badan sebanyak 15kg (cara pengiraan sila rujuk di gambar)

Bila kita ambil 2 sachet RxLite Gold sehari, bermakna kita perlukan 6 kotak sebulan. Untuk menurunkan berat sebanyak 15kg, kita perluka 12 kotak Rxlite Gold sebulan.

Jangan bimbang! kami sediakan harga istimewa untk belian Pakej Pelangsingan Rxlite Gold dan akan menjemput anda dalam Diet Rxlite bGold Support Group kami...


"Peluang Terakhir - langsing sepanjang hayat"

ada yang tanya saya, apa yang Dr Noordin maksudkan dengan "Peluang Terakhir"? Ia bermaksud dengan formula yang diilhamkan kali ini, bahan yang digunakan adalah penemuan terkini - bahan yang banyak diperkatakan dalam rancangan Dr Oz... utk 2 tahun ni, dia kata abih pakai semua idea dah..

saya kemukakan soalan pada sifoo.. dan ini jawapan Dr Noordin.. kalau yang kenal cara sempoi beliau, mesti boleh bayangkan.. " korang ni nak kurus, nak yang rasa sedap, nak makan.. ha.. ni i dah buat untuk you... kalau ambil RxLite Gold ni masih lapar, masih tak boleh kurus, masih tak boleh kawal nafsu makan, kalau tak jadi juga, i dah tak boleh tolong apa-apa dah.. i habis ikhtiar untuk you.. u ambil la produk lain yang tak kasi u makan macam macam.."






Harga Rxlite Gold :

  • 1 kotak - RM80.00 (mengandungi 10 sachet)
  • 3 kotak - RM250.00 termasuk termasuk keahlian Worldwellness, shaker & buku panduan Slim4life.
Belain ulangan, hanya RM70.00 saja sekotak @ RM210.00 untuk 3 kotak.






Testimoni pelanggan yang kini menjadi usahawan kami!




 


PENERANGAN TENTANG RXLITE OLEH DATO DR NOORDIN DARUS


Dim lights Embed Embed this video on your site

Dim lights Embed Embed this video on your site


http://1.bp.blogspot.com/_PeoNe_KIx6A/SvI2cYvvJqI/AAAAAAAAC9U/c38cam0S1qc/s400/Dr+Noordin+Biodata.png

RxLite merupakan inovasi terbaru formulasi Dato Dr. Noordin Darus.

  • Beliau yang merupakan seorang pakar diet & pemakanan yang terunggul suatu ketika dahulu merupakan seorang pelatih kepada atlit-atlit tanah air dan merupakan bekas Pengarah Perubatan Majlis Sukan Negara.
  • Lebih dikenali dengan penggilan 'Doktor Sukan'. Program pelangsingan beliau iaitu 'Slim For Life' merupakan suatu program yang terkenal dan diikuti oleh pelbagai institusi kerajaan, firma-firma dan badan-badan tertentu.
  • Sering muncul di kaca TV dalam program 'Mari Bersenam' di TV1 setiap pagi jam 8am sekitar tahun 80an dahulu.
  • Kini, dengan kepakaran yang ada, beliau telah mencipta formulasi Rx-Lite untuk setiap orang yang bercita-cita untuk mendapatkan berat badan & bentuk tubuh yang ideal dengan cara yang menyihatkan. Ia mengandungi bahan-bahan aktif semulajadi yang membantu anda membakar lemak dan menghilangkan berat badan berlebihan.



SOALAN LAZIM TENTANG RXLITE



Bagaimana rasanya?
RxLite mempunyai rasa koko semulajadi dan tanpa pengawet. Kalau hendak dibuat perbandingan, rasa dan teksturnya tidak ubah seperti Milo.


Bagaimana pengguna dalam testimoni boleh hilang begitu banyak kg sebulan?
Mengikuti saranan Terapi Pelangsingan RxLite. Boleh didapati dalam setiap set yang dibeli.

Berapa kuantiti untuk dapatkan berat badan ideal?
Untuk 10kg, digalakkan menggunakan secara berterusan 2 set RxLite

Berapa harga RxLite?

Harga bagi Pakej RxLite untuk kegunaan sebulan (2 kotak) adalah RM 248 (Semenanjung)/RM 258 (Sabah/Sarawak)

Bagaimana cara penyediaannya?
RxLite datang dalam bentuk sachet pracampur, jadi anda hanya perlu bancuh ke dalam 150 ml (cawan kecil) air panas atau sejuk. RxLite juga boleh dibancuh bersama susu, soya malah boleh dibuat "shake" buah-buahan seperti pisang untuk rasa yang lebih mengenyangkan.

Berapakah sukatan yang diperlukan?
Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, adalah dinasihatkan anda mengambil minima 2x sehari dan maksima 3x sehari. Gantikan sarapan, makan tengah hari dan minum petang anda dengan RxLite. Jika tidak tahan lapar, minum sebotol air bersih dan menyihatkan seperti RxWater atau ambil buah-buahan.

Siapa yang tidak boleh mengambil RxLite?
RxLite tidak sesuai bagi :-

1) kanak-kanak di bawah 12 tahun,

2) ibu mengandung,

3) ibu menyusu

4) mereka yang mempunyai sejarah sawan.

Naik jerawat selepas mengamalkan RxLite
Kadangkala sesetengah kandungan makanan boleh menyebabkan reaksi kepada kulit, terutamanya jika kulit sensitif kepada haba dan peluh. Untuk membantu anda menghadapi masalah ini, kami cadangkan minum sekurang-kurangnya 500 ml air kosong (sebaiknya air seperti Rx-Water) sejurus selepas meminum RxLite untuk mengurangkan rasa panas dan membantu proses pembakaran lemak yang lebih efektif.

Adakah mengambil pil perancang, iud atau ubat-ubatan lain tidak memberi kesan penurunan berat badan?
Sebenarnya sesetengah medikasi bukan membawa kesan khusus kepada RxLite, tetapi apa sahaja produk yang memerlukan tindak balas sistem pembakaran lemak di dalam tubuh badan. Bagi pengguna pil perancang, sehingga ke hari ini, kami menerima maklum balas yang bercampur-campur. Ada yang kurangkan berat badan, dan ada yang tiada perbezaan. Oleh itu, cadangkan untuk mencuba dahulu satu set, untuk menilai sendiri sama ada tubuh badan anda memberi tindak balas atau tidak.

Jika kita tidak tahu kita mengandung pada awal bulan pertama/kedua ,adakah ia akan membahayakan bayi dalam kandungan ?

Amaran tidak menggalakkan wanita mengandung dan menyusu untuk tidak minum RxLite hanyalah sebahagian daripada polisi Dato' Dr. Noordin Darus untuk tidak mengambil sebarang risiko, walaupun secara saintifiknya, impak RxLite terhadap golongan ini amatlah kecil dan hanya melibat 5-10% populasi. Oleh itu, pengambilan RxLite tanpa sengaja ketika mengandung tidak akan membahayakan kandungan. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan berhenti serta merta bagi memastikan pembesaran berat dan nutrient yang secukupnya untuk kandungan.

Diabetes tidak menurun malah makin meningkat

Yang penting bagi pengidap diabetes adalah kandungan gula yang diambil secara keseluruhan. Jika tabiat pemakanan dan pengambilan gula kekal pada paras lama, kemudian ditambah dengan RxLite, maka secara logiknya paras gula akan meningkat. Oleh itu, kami nasihatkan anda membaca maklumat kesihatan yang terdapat di kotak RxLite, dan membuat perubahan dalam pengambilan gula dari sumber yang lain agar jumlah diambil tidak meningkat. Pada masa yang sama,jangan putus asa kerana salah satu cara untuk membantu pesakit diabetes adalah untuk menjaga berat badan ideal anda.

Kenapa harus minum air yang banyak bila mengambil RxLite?

Nasihat untuk minum banyak air sebenarnya bukan khas untuk RxLite tetapi untuk kesihatan umum (cadangan 8 gelas sehari, atau 2.5 liter). Apabila badan mempunyai air yang cukup, ianya mempercepatkan semua proses pembakaran lemak, melancarkan perjalanan darah, dan meningkatkan tahap metabolisme disamping mengawal rasa lapar. Pada masa yang sama, RxLite juga mengandungi bahan pembakar lemak yang MUNGKIN membuatkan anda terasa panas dan mudah berpeluh. Oleh itu, gantikan kehilangan air ini dengan mengambil sekurang-kurangnya 500 ml air kosong bersih (seperti Rx-Water) selepas mengambil RxLite.

Kenapa ada yang tambah berat badan di bulan puasa?

Ketika bulan puasa, ramai yang salah anggap bahawa dengan tidak makan, secara automatik tubuh badan akan membakar lemak. Realitinya adalah jumlah kalori dalam sehari yang diambil memainkan peranan yang penting. Walaupun bilangan hidangan dikurangkan, tetapi jika sewaktu berbuka anda mengambil jumlah kalori yang tinggi, berat badan pasti akan meningkat.

Pada masa yang sama, pengambilan hidangan kecil, walaupun banyak kali (eg: 5x sehari) didapati lebih efektif dalam proses pelangsingan badan berbanding kurangkan hidangan makan, tetapi satu hidangan itu begitu banyak makanan. Ketika bulan puasa, cuba pecahkan hidangan berbuka kepada bahagian lebih kecil dengan tempoh ½ jam di antara pengambilan juadah.

Jangan lupa, sekiranya anda mengambil kalori yang sama seperti tidak berpuasa, tetapi pada bulan puasa anda KURANGKAN AKTIVITI FIZIKAL, manakala secara semulajadi badan akan bertambah berat.

Kenapa masih berasa lapar walaupun sudah mengambil RxLite?

Perasaan lapar sesudah mengambil RxLite adalah satu perkara yang tidak perlu dirisaukan. RxLite merupakan minuman koko ringan yang mempunyai kandungan kalori rendah membuatkan sesetengah individu dengan kadar metabolisme tinggi terhadap gula merasa ”tidak puas” atau lapar.

Pada masa yang sama, sesetengah dari individu mempunyai daya adaptasi yang rendah terhadap sebarang perubahan corak pemakanan. Bagi kumpulan ini, perasaan lapar itu akan hilang setelah lebih 3-4 hari mengamalkan pengambilan RxLite. Bagi yang lain, anda dinasihatkan mengambil 500 ml air kosong bersih (seperti RxWater) selepas mengambil secawan RxLite dan tunggu 30 minit sebelum merasa kesannya dalam mengurangkan rasa lapar. Sekiranya anda masih lagi rasa lapar, silalah makan makanan rendah karbohidrat seperti daging, ayam dan ikan.

Walaupun telah menghadkan pengambilan makanan, senaman, minum air yang banyak, kenapa berat badan masih belum turun?
Kes seperti ini, walaupun jarang, tetap akan berlaku. Tubuh badan manusia, walapun secara fisiologi bertindak sama sahaja, tetapi ada di kalangan kita yang mempunyai tindak balas berbeza dari yang lain. Malah, ada segelintir yang bukan sahaja tidak kurangkan berat badan, tetapi semakin meningkat! Bagi golongan sebegini, usaha anda untuk mengurangkan berat badan menggunakan RxLite harus lebih intensif dan berbeza berbanding golongan lain.

Pastikan pengambilan kalori harian anda sekarang (sebelum berdiet), kemudian lakukan penyelarasan agar pengambilan ini dikurangkan secara berperingkat. Sebagai contoh, sekiranya badan anda telah biasa mengambil 2500 kcal sehari, kurangkan 500 kcal untuk minggu pertama. Jangan lupa untuk mengambil kira kandungan kalori daripada minuman anda (seperti kopi)!!!
Pada masa yang sama, tingkatkan pengambilan RxLite kepada 3x sehari. Jika boleh, RxLite ini mengganti hidangan sarapan pagi dan makan tengah hari. Pengambilan ketiga RxLite bergantung sekiranya anda biasa makan petang atau tidak. Jika ya, gantikan makan petang dengan RxLite. Jika tidak, ambil RxLite 30 minit sebelum makan malam. Jangan lupa untuk mengambil 500 ml air kosong bersih selepas minum secawan RxLite!

Sekiranya anda masih tidak tahan lapar selepas 30 minit mengambil RxLite, anda digalakkan mengambil makanan rendah karbohidrat tetapi tinggi protein seperti ayam dan daging (jangan ambil bahagian lemak/kulit), ikan dan makanan laut. Tingkatkan aktiviti fizikal harian dengan satu langkah mudah – berjalan kaki (walaupun santai) di antara 15-30 minit selepas setiap kali waktu makan (terutamanya makan malam). Tindakan ini sahaja didapati dapat meningkatkan pembakaran lemak sebanyak 50%. Oh yea, disiplinkan diri untuk makan seawal yang mungkin di waktu malam (maksimum sebelum pukul 9 malam atau 2 jam sebelum tidur). Dan yang terakhir, kunyahlah makanan yang dimakan sekurang-kurang 20x secara perlahan-lahan dan nikmati setiap rasa makanan tersebut. Tips ini didapati dapat mempercepatkan rasa kenyang, dan sebenarnya mempercepatkan pembakaran lemak dalam makanan tersebut melalui enzim air liur.

Setiap kali minum RxLite, terasa sakit kepala

Tidak dinafikan bahawa ada segelintir yang mempunyai reaksi seperti pening kepala, terlebih berpeluh dan gastrik. Ini adalah tindak balas tubuh badan terhadap kandungan pembakar lemak di dalam badan. Tetapi reaksi ini sebenarnya bersifat sementara dan menggambarkan kelemahan sedia ada dalam tubuh badan.

Bagi mengurangkan impak RxLite secara fizikal seperti ini, ambil 500 ml air kosong bersih selepas meminum RxLite. Ini dapat mengimbangi kandungan bahan asing di dalam badan, mengurangkan suhu badan, dan membantu mengurangkan tindak balas asid perut yang menyebabkan gastrik.

Golongan seperti ini juga dinasihatkan untuk mengambil hanya 1x RxLite sehari buat permulaan dan secara berperingkat meningkatkan pengambilan berdasarkan keselesaan tubuh badan anda. Dalam masa 7 hari, tubuh badan manusia pasti sudah adaptasi dengan pengambilan RxLite.

Mengalami penyakit gastrik,bila mengambil RxLite perut berasa angin
Kandungan Garcinia Cambogia (atau ekstrak dari asam keping) boleh membawa kepada reaksi lapar dan berangin bagi sesetengah individu yang mengalami masalah gastrik.

Pada masa yang sama, tubuh badan mengambil antara 15-30 minit untuk memproses makanan/minuman agar memenuhkan rasa kosong dalam perut.

Amalkan meminum air kosong sebanyak 500 ml selepas mengambil RxLite untuk mengurangkan impak terhadap perut kosong.

Tunggu 30 minit sebelum membuat keputusan untuk mengisi perut. Kalau masih sangat lapar dan tidak tahan, jangan risau. Anda boleh makan cuma kurangkan kuantiti karbohidrat, banyakkan protein dan amalkan keserdehanaan dalam berdiet.




1 kotak Rxlite : RM138.00
2 kotak Rxlite -
RM250.00 (Percuma Keahlian WWN)

 

Urusniaga lebih mudah dengan kemudahan Kad Kredit..


******** ******** ********

Kos Penghantaran / Poslaju / Skynet:-
By hand - Sekitar Kuala Lumpur - RM5.00
Skynet - Semenanjung - RM8.00
Poslaju - Semenanjung - RM14.00
Poslaju - Sarawak - RM21.00
Poslaju - Sabah / Sarawak - RM25.00


Untuk melayakkan anda mendapat harga pengedar, sila emailkan ke syikin72@gmail.com info berikut :-

Nama : -
No. K/Pengenalan :-
Alamat Rumah :
No H/p : -
Nama & No. IC Pewaris :
Nama Penaja :

 




 

Hubungi Kami

Syikin / Khairi

013 369 6659

012 383 8018



Servis Penghantaran